Monday, July 11, 2016

Dah 91 Pun Masih Sibuk Hal Bila 'Jadi', Patut Bimbang Berapa 'Baki


Semalam Mahathir genap usianya 91 tahun - sebahagian besarnya (menurut pandangan ramai orang), dihabiskan dengan cara yang sia-sia.  Sama macam bulan Ramadhan yang baru lepas, peluang patut isi dengan amal, Mahathir isi penuh dengan fitnah dan adu domba.

Jatuh orang, hina orang, habiskan duit rakyat dan macam-macam dakyah lagi yang orang cakap dilakukan Mahathir sepanjang 91 tahun hidup (22 tahun sebagai PM).  Malah peristiwa Memali dimana 14 orang kampung mati pada 1986 itupun itupun, pernah dikaitkan dengan Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab sebab arahan untuk menyerang dikatakan datang dari dia.

Nak kata salah tak boleh pasal tak satu pun dari yang bercakap tu Mahathir pernah saman, kira betullah tu, kalau saman tu bolehlah cakap Mahathir betul.

Apa pun yang menjadi kehairanan kepada penulis ialah bila melihat Mahathir masih teruja untuk menyambut ulang tahun jadinya dia 91 tahun dulu seperti dalam laporan beberapa akhbar.
91 yang kita cakap ni, bukan 19.  Patutnya kira berapa banyak baki tinggal dan bagaimana nak digunakan untuk persediaan berpindah ke dunia yang kekal abadi, bukan sibuk memandang ke belakang dan fikir macam mana nak meraikan.

Harapan penulis, keadaan Mahathir ini jadi pengajaran kepada kita semua yang lain.  Cukup susah nak capai usia hidup sepanjang itu, hendaklah hari-hari yang kita ada ini digunakan dengan berbakti kepada Allah swt dan sesama manusia supaya kalau kita capai usia seperti Mahathir, tidaklah kita menyesal kerana mensia-siakannya.

No comments:

Post a Comment