Pengaruh, itu yang penulis maksudkan pada tajuk di atas, bukan pasal saiz kawasan Semporna banding dengan Malaysia.
Ini merujuk kepada amaran bekas ahli UMNO, Shafie Apdal kepada rakyat agar berhenti mengkritiknya kerana PRU14 sudah dekat. Apa barang mau warning-warning sama orang, besar sangat ke kau?
Nak lawan pengaruh Musa Aman di Sabah pun tak lepas sampai terpaksa keluar dari UMNO, lagi mau warning-warning rakyat. Malaysia adalah negara demokrasi, selagi tak langgar undang-undang, apa takut pulak nak bercakap?
Apa pun mintak Shafie jaga diri sendiri dan apa skandal yang patut-patut tu, usah risau pasal UMNO lah, bukan masalah lu lagi. Keputusan keluar UMNO, bukan dipecat, kalau dipecat tu mungkinlah ada 'pasal' jugak nak merapu.
Muhyiddin dan Mukhriz yang kena pecat pun tak sibuknya macam Shafie yang letak jawatan. UMNO ni adalah 191 bahagian, kalau Semporna tu bubar pun, bukan tak boleh buat bahagian baru, bersepah orang nak jadi ketua disitu.
Shafie menang jadi Naib Presiden pun sebab kompromi, bukan hebat dan layak sebagaimana yang disangka. Tarafnya lebih kurang macam Naib Presiden lantikan PKR lah macam itu, memang menang bertanding tapi sebab di'set' macam itu.
Jadi sudah-sudahlah cakap berlagak tu, gelilah.
No comments:
Post a Comment