Friday, February 5, 2016

Permainan Politik Masa Mukhriz Jadi MB, Bukan Masa Kena Buang!!


Dakwa Mahathir, anaknya Mukhriz jadi mangsa permainan politik Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga terpaksa letak jawatan Menteri Besar Kedah.  Ironinya, yang bercakap ini paling banyak main politik untuk singkir ornag yang dia tidak suka sepanjang jadi Perdana Menteri.

Kedah tu sendiri, ketika Osman Aroff jadi Menteri Besar, 22 ADUN menyokong dia kekal tapi Mahathir tetap pilih untuk buang dan ganti dengan sekutunya Sanusi Joned.  3 tahun lepas itu, Sanusi Joned pun Mahathir buang - gila punya orang.

Nak disebutkan disini bahawa, sebetulnya perlantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar itulah adanya permainan politik, bukan masa kena buang.  Pemainnya bukan orang lain, Mahathir juga.


Logiknya, yang jadi Pengerusi Perhubungan UMNO ketika PRU13 ialah Ahmad Bashah, bukan Mukhriz, tapi bila Kedah berjaya dirampas kembali dari tangan PAS, yang jadi Menteri Besar, Mukhriz, bukan Ahmad Bashah.

Walaupun tidak ada bukti, kita yakin permainan politik Mahathir ini wujud untuk calonkan anaknya sebagai Menteri Besar selepas Kedah berjaya BN rampas.  Mahathir boleh utamakan kroni, tapi tak boleh utamakan anak sendiri?  Tak logik.


2 comments:

  1. Salam Bro.
    tepat sekali. Ramai org melayu mudah lupa.

    Mereka kutuk maki Najib dan Ahmad Bashah ketika Mukhriz hilang sokongan.

    Tapi mereka lupa bagaiman Mukhriz melalui bapanya merampas hak UMNO Kedah menentukan MB yang layak di Kedah.

    Pegerusi Perhubungan PRU13 ialah Ahmad Bashah. Dan ketika UMNo Kedah dilanda masalah keyakinan sebelum PRU12, Ahmad Bashah berhempas pulas berusaha memulihkan semangat dan kekuatan UMNO Kedah..

    Mukhriz ketika itu tiada langsung di Kedah. Dia hanya berseronok di KL sebagai Timbalan Menteri.

    Ketika 1 minggu lagi PRU13, ketika itulah nama Mukhriz dipaksa masuk ke Kedah untuuk jadi MB oleh mahathir dan org2nya.

    Ketika itu Najib hanya mengikut untuk elak sabotaj dan perperangan dalaman UMNO oleh geng Mahathir yg boleh jahanamkan BN ketika PRU13. Kita tahu Mahathir seorng yg sgt terdesak. Dia sanggup join BERSHIH demi mahu jatuhkan Najib.

    Jadi tindakan Najib tepat ketika itu untuk mengelakkan krisis besar melanda BN ketika menjelang PRU13.. mengikuti sahaja apa kehendak Mahathir.

    Manakala Mahathir ketika itu 'menyimpan' dulu peluru2 untuk jatuhkan Najib supaya Mukhriz sempat naik jd MB.. dan BN boleh menang di Kedah dan Parlimen.

    Game Mahahthir amat licik dan menipu daya orang2 yang tak kenalinya.. akhirnya org lain yg terkorban dan dapat busuk nama.

    Ingat balasan Allah. Calon asal MB Kedah ialah Ahmad Bashah.. bukan Mukhirz.!

    ReplyDelete
  2. Mahathir fikir....dia bijak dan suci tetapi dia lupa Allah Maha Melihat setiap perbuatan di dunia ni pasti akan dapat pembalasan lebih lebih lagi di akhir zaman Allah akan bayar cash di dunia lagi.Tengok dulu Mahathir buat orang ,buang orang sesuka hati sekarang anak sendiri dibuang orang..itulah what goes around comes around

    ReplyDelete