Walaupun pelbagai usaha dan perancangan yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir namun ternyata ia masih gagal untuk memaksa Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Malah, menurut kajian yang dilakukan kekuatan dan sokongan Najib semakin meningkat apabila ramai mula sedar, apabila melihat usaha dan keikhlasan beliau untuk membantu meringgankan beban hidup rakyat.
Paling menarik apabila disebalik kerakusan Mahathir untuk kembali berkuasa, anak kesayangannya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana kehilangan sokongan majoriti ahli DUN.
Atas sebab itu juga Mahathir dikatakan mula resah dan panik apabila semua yang dirancangan tidak menjadi seperti yang diharapkan.
Malah ada yang berkata, ternyata tindakan yang dilakukan Mahathir sebelum telah mula memakan dirinya sendiri.
Ternyata 'nyawa' politik Najib terlalu liat sekiranya hendak dibandingkan dengan Pak Lah yang suatu ketika dahulu begitu senang 'digulingkan'.
Atas sebab itu juga Mahathir akhirnya terpaksa bersetuju untuk menjadi penaung kepada Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang sebelum ini hanya merupakan kambing hitam dalam gerakan untuk mengulingkan Najib.
Ini kerana rata-rata mengetahui Mahathir adalah dalang sebenar disebalik gerakan GKCM, namun disebabkan ingin megelaburi mata masyarakat, ia terpaksa dilakukan secara berselindung.
Ia bertujuan untuk menyakinkan masyarakat kononnya gerakan GKCM adalah merupakan suara 'akar ubi' Umno yang mahukan perubahan.
Sebagai contoh, beberapa siri sidang akhbar yang dilakukan oleh GKCM sebelum ini telah dibiayai oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan dengan Tun Mahathir.
Malah kumpulan GKCM ini juga telah diberikan elaun dan peruntukan khas untuk mengadakan beberapa program dan siri jelajah bagi menarik sokongan dikalangan ketua-ketua cawangan seluruh Malaysia.
Malah ada dikalangan ketua-ketua cawangan yang mengaku telah ditawarkan dengan sejumlah wang secara 'one off' oleh GKCM sekiranya mereka bersetuju untuk mengadakan sidang akhbar bagi menghentam kepimpinan Najib.
Disebabkan majoriti ketua-ketua cawangan menolak 'tawaran' yang diberikan itu maka Mahathir telah menggesa agar GKCM mendekati cawangan-cawangan yang 'bermasalah' dengan pengurusan bahagian.
Namun tidak semua yang bersetuju dengan bernaung dibawah di GKCM, ini kerana mereka melihat 'masa depan' politik GKCM masih kabur kerana tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan 'hero' yang boleh dijadikan tempat bergantung.
Disebabkan itu juga, Mahathir sekali lagi terpaksa 'bermain drama' dengan meminta GKCM untuk memperlawa beliau sebagai penanung.
Dengan cara itu, mereka yang sebelum ini takut untuk menentang Najib dan Umno secara terbuka akan berani untuk menyatakan pendirian.
No comments:
Post a Comment