Wednesday, February 10, 2016

Pendidikan Memang Sudah Tidak Penting Dalam Politik Sejak Zaman Mahathir


Kata balaci nombor wahid Mahathir, Kadir Jasin, perlantikan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah membuktikan bahawa pendidikan sudah tidak lagi penting.

Niat Kadir tidak ada lain melainkan untuk menyemarakkan sentimen kebencian terhadap Ahmad Bashah yang tidak berpendidikan tinggi.

Tanpa sedar, tua kutuk ini mungkin terlupa bahawa pendidikan memang sudah lama jadi tidak penting dalam politik, iaitu sejak zaman Mahathir masih Perdana Menteri lagi.

Sebagai permulaan, Ahmad Bashah itu sendiri mula menjadi ADUN pada tahun 1995, iaitu pada zaman Mahathir masih Perdana Menteri.  Mahathir juga pernah melantik Syed Razak sebagai Menteri Besar Kedah walaupun Syed Razak hanya ada SPM.


Kalau jawatan Menteri Besar itu rendah, jangan dilupakan bahawa arwah Tun Ghaffar Baba yang pernah jadi Timbalan Perdana Menteri lantikan Mahathir, juga tidak berpendidikan tinggi, hanya ada sijil perguruan - kelayakan minimum jadi cikgu.

Pendek kata, kenapa Mahathir boleh (lantik orang tidak berpendidikan tinggi) tapi Najib tidak boleh?

Rumusannya, jangan kita menghina orang lain, cerdik cerdik Kadir Jasin pun, Berita Publishing boleh lingkup juga - ingat macam itu cukup.


No comments:

Post a Comment