Tuesday, February 16, 2016

Mahathir Disiasat Kerana Salahnya Sendiri


Antara asas utama perundangan dalam negara ini ialah, tidak ada siapa pun berada di atas undang-undang. Dulu atas sebab tertentu, ada kekebalan, tapi setelah pindaan dibuat dalam perlembagaan negara, semua orang pun boleh dikenakan tindakan.

Jadi dalam soal Mahathir disiasat kerana kenyataan yang dibuat dalam  blognya ni, apa yang pengikutnya nak mengamuk?  Nak penjarakan Najib boleh, takkan nak siasat Mahathir tak boleh?

Apakah keadilan hanya kalau Najib saja yang kena, kalau Mahathir kena itu tanda tidak adil?

Sepatutnya jangan dikata apa-apa lagi, biarkan saja proses yang sepatutnya berjalan.  Belum tentu puin tindakan akan dikenakan ke atas Mahathir dan kalau ada pun, belum tentu masuk jail.

Proses yang berjalan sekarang, hanyalah proses awal, yang dok kalut awal-awal sangat tu kenapa?  Polis pun menjalankan siasatan selepas menerima laporan.  Lagipun,  Perdana Menteri yang sedang bertugas boleh disiasat, takkanlah bekas Perdana Menteri tak boleh?

Fikir mudah macam itu cukup

No comments:

Post a Comment