Wednesday, February 3, 2016

Mukhriz Menteri Besar Kedah Paling Singkat Dalam Sejarah


Rekod Menteri Besar Kedah paling singkat perkhidmatannya dalam sejarah sebelum ini ialah Sanusi Junid yang memegang jawatan itu selama lebih kurang 3 tahun 5 bulan iaitu dari Jun 1996 hingga November 1999.

Dengan pengumuman perletakan jawatan Mukhriz Mahathir pagi tadi, rekod itu telah dipecahkan,dia sekarang menjadi Menteri Besar Kedah paling singkat iaitu tak sampai 3 tahun pun - kurang lebih 2 tahun 7 bulan sahaja.

Kelakar kan?

Walhal kalau nak diikut dari segi status dan pendidikan, anak bekas PM paling hebat dalam sejarah pulak tu (kononnya), Mukhriz patut jadi Menteri Besar terhebat yang pernah Kedah lahirkan, tiadalah yang sehebatnya lagi.  Patut begitu.

Ini tidak, dia jadi Menteri Besar paling cikai dalam sejarah Kedah, kepimpinannya ditolak bukan sahaja oleh UMNO negeri Kedah bahkan oleh barisan Exconya sendiri!!  Belum pernah dalam sejarah negeri itu, 3 Exco saja datang mesyuarat, tapi zaman Mukhriz ada.

Yang Mukhriz kalah berlawan ini pun Ahmad Bashah - hanya lulusan SPM (bukan SRP)!!

Tapi yang paling mengerikan, tak lama selepas Mukhriz umum lepas jawatan, ibunya Siti Hasmah datang dari Kuala Lumpur ke Alor Setar untuk memujuk anaknya dan membawanya balik ke Kuala Lumpur.  Lawak tak lawak tu, 52 tahun umur ni, bukan 5+2 tahun.

Agaknya selepas ini, berapa bulan sekalilah rakyat di DUN Air Hitam dapat melihat muka Mukhriz?  Alangkah jadi Menteri Besar pun seminggu sekali balik KL, bila dah tak jadi Menteri Besar ni, setahun sekalilah kot baru balik tengok kawasan.



No comments:

Post a Comment