Tuesday, February 2, 2016

Mukhriz MB UMNO Pertama Disokong Pembangkang



Tolak 3 ADUN UMNO yang dikatakan masih tinggal menyokongnya, Mukhriz kini terpaksa bergantung kepada ADUN ADUN Pakatan untuk mengekalkan kuasa sebagai Menteri Besar di Kedah.

Menurut khabarnya, dalam pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah tadi, 15 ADUN Pakatan termasuk PAS, sokong Mukhriz kekal Menteri Besar.

Penyokong Mukhriz mungkin bangga dia masih kekal MB tapi tak sedar yang keadaan ini sebenarnya lebih teruk dari meletak jawatan.  Belum pernah berlaku dalam sejarah MB UMNO kekal kerana sokongan pembangkang. ini mungkin yang pertama.

Masalahnya bukan esok, masalahnya bukan lusa, masalahnya sampai PRU14 nanti.  Kalau keadaan ini kekal, bagaimana Mukhriz nak menjalankan kerja?  Siapa nak jadi baki Exconya - tolak 3 mangkuk hayun yang masih sokongnya itu?

Adakah Mukhriz nak ambik orang PAS, PKR, DAP atau PAN untuk jadi Exco Kedah?  Tak pernah dibuat orang.

Perlu ingat, pilihan di tangan BN masih banyak.  Paling teruk adakan undi tak percaya di DUN, apa pun keadaannya Mukhriz akan tetap dapat sokongan pembangkang dan mahukah dia kekal dalam sejarah begitu semata-mata taknak lepas jawatan Menteri Besar?

Nanti PRU14, dia nak bertanding ikut parti mana?

Mastermind di belakang ini sudah tentu tidak lain dan tidak bukan Mahathir.  Benda pelik-pelik macam ini memang dia suka buat.

No comments:

Post a Comment