Tuesday, January 31, 2017

Zam Pun Nak Ikut Mahathir Jadi Tuhan?


Tak lama selepas Mahathir cuba berlagak Tuhan dengan berhukum semua jemaah haji tajaan 1MDB tidak mendapat haji yang mabrur, lembunya, Zam pulak semalam cuba meniru jejak yang sama dengan seakan melabel UMNO dan Presiden PAS sebagai kafir.

Apa masalah dengan Mahathir dan inner circlenya pun kita tidak tahu,  Amal ibadat masing-masing hujung pangkalnya macam mana pun tak tahu, lagi nak mengukur orang lain Islam ke tak Islam pulak.

Bagi kebanyakkan orang, mungkin mereka beranggapan Zam hanya bermain politik tapi hukum hakam agama bukan alat politik.

Thursday, January 26, 2017

Skandal BMF: Duit Petronas, Duitku Juga. BBMB Adalah Syarikat Pertama Dibail Out Mahathir


Kembalinya skandal BMF ini, membangkitkan semula sejarah lama yang jarang diketahui orang - BBMB adalah syarikat pertama yang dibail out Mahathir menggunakan duit Petronas aka duit rakyat.

Gamaknya, belajar dari pengalaman ini, apa saja syarikat kroni yang ada masalah selepas itu, Mahathir akan menggunakan duit Petronas untuk membail out syarikat-syarikat tersebut - tidak terkecuali Konsortium Perkapalan yang dimilik anaknya sendiri, Mirzan.

Petronas menyuntik RM 1 billion ke dalam BBMB selepas skandal BMF hampir melingkupkan bank orang Bumiputra tersebut - atas arahan Mahathir. Membuktikan Mahathir ada hubung kait dengan skandal ini, kalau bukan dari bahagian bagaimana skandal itu berlaku, kepada bahagian bagaimana kerajaan menguruskan skandal selepas itu.

Tuesday, January 24, 2017

Skandal BMF Kembali Menghantui Mahathir



Skandal BMF adalah antara begitu banyak skandal yang menghantui pentadbiran Mahathir sepanjang 22 tahun dia jadi Perdana Menteri.  Mahathir menepis selagi boleh tepis dari dikaitkan dengan skandal tersebut dan dia nampaknya berjaya.
Hinggalah sekarang..

Ia tentang pendedahan satu dokumen yang selama ini diklasifikasikan sebagai sulit oleh CIA mengenai skandal BMF yang menurut agensi perisikan tersebut ada kaitan dengan pentadbiran Mahathir - sesuatu yang cuba dinafikannya selama ini.

Faham Mahathir mudah, dia bukan pegawai bank, dia bukan Menteri Kewangan, dia bukan auditor, justeru dia tidak kena mengena.  Tapi dia terlupa, dia adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan waktu itupun dia yang lantik, nak lepas tangan macam mana?

Menteri apa pun mana boleh buat keputusan tanpa pengetahuan Perdana Menteri, nak nak pulak Mahathir ni kerap dikaitkan sebagai diktator!!

Wednesday, January 18, 2017

Baik Bertekak Dengan Lembu Dari Bertekak Dengan Mahathir


Bila Mahathir minta maaf kepada Raja-Raja Melayu kerana menarik kuasa mereka lebih 20 tahun yang dulu, permohonan maaf itu bukanlah ikhlas sebaliknya kerana ada tujuan politik.  

Ketika permintaan maaf itu dibuat, Mahathir sedang melobi agar Majlis Raja-Raja yang bakal bermesyuarat pada saat itu, untuk masuk campur dalam isu berkaitan 1MDB dan derma RM 2.6 billion.  Pada saat yang sama, Mahathir juga menunggu pertemuan dengan YDPA untuk membincangkan isu yang hampir serupa.

Tengok tarikh bila yang Mahathir minta maaf tu kalau tak percaya.

Hakikat sebenarnya, Mahathir hormatkan institusi raja-raja ini hanya bila dia ada untung saja.  Seperti dia bersikap kurang ajar dengan Istana Johor sekarang, itulah buktinya.  Ini tidak menghairankan kerana Mahathir ada DNA Kerala, India di sebelah bapanya - Kerala mana ada raja!!

Mesti nak tunjuk dia menang jugak dalam apa cara pun.  Itu sikap Mahathir dulu, kini dan selamanya.  Semua orang dalam dunia tak betul, hanya dia saja yang betul.

Monday, January 16, 2017

Barisan Rakyat: Boleh Buang Muhyiddin Dari BN, Tak Boleh Buang BN Dari Muhyiddin


Muhyiddin mencadang agar Pakatan Harapan menggunakan nama Barisan Rakyat dalam usaha mengadakan pertandingan satu lawan satu dengan BN (Barisan Nasional).

Barisan jugaklah.  Punyalah banyak nama dalam dunia, nama Barisan jugak yang Muhyiddin terfikir.  Inilah kata orang, Muhyiddin boleh disepak keluar dari BN tapi tak boleh bawak keluar BN dari .

Sehinggakan nak mengadakan nama kesatuan pembangkang yang baru pun, nama barisan tidak boleh tinggal.  

Agaknya senanglah nanti nak guna singakatan 'Barisan' ya.  Sebab memang pun BN sekarang lebih mesra disebut Barisan saja, itu yang Muhyiddin nak guna Barisan Rakyat tu.

Sunday, January 15, 2017

BR1M: Silap-Silap Hari Bulan, Penyokongnya Sendiri Doa Mahathir Cepat Mati


Penipuan Mahathir terserlah lagi bila semalam dia mengatakan BR1M akan diteruskan jika Pakatan menjadi kerajaan.

Lupakanlah atas kapasiti apa Mahathir bercakap bagi pihak Pakatan kerana Pribumi bukan parti komponen Pakatan tapi kerjasama atas dasar MOU saja, bukan perjanjian.  Yang pentingnya sekarang kenapa dulu Mahathir kata BR1M ini dedak, rasuah, dah sekarang akan diteruskan pulak kalau Pakatan memerintah.

Tidak itu kelakar namanya?

Suka atau tidak, jelas Mahathir tidak lagi waras untuk memimpin.  Kenyataannya sepatut menguntungkan parti sendiri dan sekutunya, bukan pihak lawan.  Ramai orang nampak bodoh semalam, terutama penyokong dakwaan Mahathir sebelum ini bahawa BR1M adalah rasuah seperti Azmin yang turut hadir.

Thursday, January 12, 2017

Kalau Muhyiddin Nak Sokong UEC, Kenapa Masa Jadi Menteri Tak Laksanakan?


Apa yang rakyat perlu faham tentang United Education Certification atau UEC ini?  Ia adalah sistem peperiksaan yang direka untuk membolehkan pelajar sekolah cina layak masuk ke Universtiti awam tanpa perlu lulus matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Malah, UEC ini pun direka untuk menggantikan SPM di sekolah-sekolah cina.  Itu maksud UEC lebih kurang - memberi kelebihan yang sekarang tidak ada kepada pelajar cina dari sekolah cina.

Tidak hairan UEC mendapat sokongan parti rasis seperti DAP, sebab ia menguntungkan pengundi tradisi mereka - kaum cina.

UEC ini jelas tidak menguntungkan rakyat Malaysia keseluruhannya - melainkan orang cina semata-mata.  Ramai melihat ini adalah satu bentuk perkauman yang cuba diputihkan dengan pelbagai alasan.

Dan sekarang Muhyiddin nak cuba tunjuk seolah dia sokong UEC?  Siapa nak percaya cakap Muhyiddin tu, bekas Menteri Pendidikan yang tidak memandang pun UEC ini sepanjang dia menyandang jawatan itu? 

Malah mengikut rekodnya, tidak sekalipun Muhyiddin membangkitkan soal UEC ini dalam mesyuarat kabinet mahupun post kabinet di Kementerian Pendidikan kalau betul pun dulu tak sokong sebab mengikut dasar kerajaan.