Wednesday, December 20, 2017

Yg Askar Kita Lawan Pengganas Komunis, Bukan Negara Komunis


Sejak merdeka lagi negara kita sudah ada hubungan diplomatik dengan semua negara komunis.  Namakan apa negara? Korea Utara, Cuba, Vietnam, China, Laos (ya Laos adalah negara komunis) dan beberapa lagi semuanya kita ada hubungan diplomatik sejak berzaman.

Yang askar kita berperang di hutan bukan negara komunis tapi pengganas komunis, ada beza tu.  Majoriti pengganas komunis yang berperang dengan kita di hutan dulu berasal dari sini, termasuk Regimen 10 yang dianggotai orang Melayu.

Bukan dari negara China.  


Sebab itu di zaman Mahathir - ketika askar kita masih memerangi pengganas komunis di hutan (sehinga meletak senjata pada tahun 1989), hubungan diplomatik dengan China masih diteruskan sebab negara China dan pengganas komunis adalah 2 entiti berbeza.

Justeru, membandingkan kerjasama dalam pelbagai peringkat dengan negara China sekarang ini dengan pengganas komunis, adalah satu kebodohan yang dicipta untuk membangkit rasa benci kepada kerajaan hari ini semata-mata.




No comments:

Post a Comment