Dalam usia sekarang, pingat bukanlah keutamaan Mahathir, dulu mungkin. Dulu pun tak berapa dululah, Mahathir gila pingat sikit. Masa bersara tahun 2003 dulu, Mahathir catat sejarah bekas Perdana Menteri dan isteri pertama yang dapat pingat Tun sekaligus.
Merujuk kepada 3 Perdana Menteri sebelum Mahathir, biasanya suami dapat dulu, isteri dapat kemudian.
Justeru, tindakan memulangkan darjah kebesaran yang dikurniakan Sultan Selangor kepada dia, bukanlah membawa kesan apa-apa pun. Dia dah pegang pingat ketiga tertinggi negara, pingat yang bawak gelaran Tun tu, cukuplah.
Apa pun, rakyat kena ingat Mahathir pulangkan pingat itu sendiri, bukan ada siapa mintak. Jangan lepas ni dia main lagu simpati seolah pulang pingat ini tanda dia didesak atau yang semacam itu sudah.
Semua orang kena ingat, ia adalah Mahathir sendiri yang pulangkan, tak ada siapa yang menyuruhnya. Kalau ada gambaran macam itu dimainkan selepas ini, maksudnya Mahathir pulang pingat tu sebab nak main politik.
No comments:
Post a Comment