Friday, December 1, 2017

Akhirnya, Selepas 25 Tahun Skandal Forex Akan Disiasat Polis


Banyak orang terlupa, skandal Forex yang dah sah melesapkan wang rakyat RM 32 billion ni, tak pernah disiasat.  Yang ada hanyalah penjelasan mengenai kerugian itu oleh Anwar di Parlimen, bukan siasatan.

Itu pun fakta tak betul, RM 32 billion lesap, diberitahu hanya RM 5.7 billion saja.  Dengan dia-dia sekali pun akan disiasat juga disamping Mahathir.

Sekarang ini, apa yang akan berlaku selepas ini, barulah siasatan yang sebenarnya, itupun kena tunggu RCI dulu.

Bayangkanlah, lepas 25 tahun baru rakyat berpeluang tahu apa sebenar berlaku sehingga begitu banyak wang negara hilang macam itu saja.


Tapi bak kata orang putih, better late than never.  Apatah lagi tidak ada had dalam undang-undang negara kita untuk kesalahan macam ini dibicara.

Syabas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berani membuat perubahan ini. Kita dengar banyak cubaan dibuat untuk bertemu beliau oleh mereka yang berkenaan dalam perkara ini, harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bertabah menghadapi tekanan puak-puak sebelah sana.

Jangan dilayan saja.

No comments:

Post a Comment