Thursday, December 14, 2017

Percaya "Akan Membakar Negara", Kenapa Pulang Pingat Selangor Sahaja?


MAHATHIR kata dia memulangkan 2 pingat yang dikurniakan kerajaan Selangor kerana percaya seperti yang dikatakan bahawa dia "akan membakar negara".  Cakap tu (akan membakar negara) adalah ayat harfiah, yang Mahathir ambil bulat-bulat tu kenapa?

Betul ke cakap tu (akan membakar negara), maka sebab itulah dipulangkan?  Logiknya ada sebab bila pulang tanpa diminta balik tu macam tanda bersalah.

Anyway, kalau Mahathir bersetuju dengan apa yang dikatakan tersebut, kenapa pulang pingat dari Selangor saja, pulanglah semula sekali pingat yang diterima dari kerajaan negeri lain serta persekutuan.  


Betul lah yang cakap tu Sultan Selangor, tapi sekarang ni "bakar negara" isunya kan, setuju pulak tu (apabila pulang pingat), pulanglah semua, apa Selangor saja!!

Justeru, tak keterlaluan kalau penulis katakan bahawa, tindakan ini (pulang pingat) tidak lebih dari keputusan politik semata-mata.  Sebab itu walaupun bersetuju dengan dakwaan "akan membakar negara", Mahathir hanya pulang pingat dari Selangor saja, bukan semua pingat yang diterimanya.

No comments:

Post a Comment