Dua kenyataan bertulis Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Ghani berkaitan tuduhan liar Mahathir bahawa kerajaan rugi RM 160 billion dalam perdagangan Forex, ternyata telah membuatkan bekas Perdana Menteri itu nampak macam orang dungu.
Siapa bodoh saja akan percaya dakwaan Mahathir yang tidak ada di dalam tangannya data dan maklumat terkini mengenai kedudukan kewangan negara berbanding dengan Johari.
Belum disebutkan Mahathir dakwa tidak tahu menahu mengenai kehilangan RM 32 billion wang negara pada saat dia masih berkuasa sebagai Perdana Menteri tapi boleh tahu dengan pasti pulak negara kerugian RM 160 billion pada waktu sekarang?
Apa pun, memandangkan 2 kenyataan Johari sudah menampakkan kebodohan Mahathir, mungkinkah tua kutuk ini akan membawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi, Mahkamah contohnya?
Kalau Mahathir rasa Johari, atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan II menipu dalam membalas dakwaan Mahathir, tidak ada tempat lain untuk menentukan kebenaran perkara ini melainkan di Mahkamah.
Johari pun sudah kata tidak akan lagi membalas apa-apa kenyataan Mahathir dalam isu tersebut selepas ini.
Apatah lagi bagi pihak rakyat biasa, penulis boleh katakan 2 kenyataan Johari itu betul betul buat Mahathir nampak macam orang tua bangang, tak tahu apa yang dia sendiri cakapkan. Maksudnya, ada maruah yang perlu Mahathir pertahankan.
Itupun kalau masih bermaruah lah.
No comments:
Post a Comment