Monday, December 18, 2017

"BNM Rugi RM 160 Billion" Hanya Wujud Dalam Kepala Mahathir


Dakwaan konon Bank Negara Malaysia rugi RM 160 billion ini, hanya wujud dalam kepala Mahathir saja, benda itu tak berlaku pun.  Sama macam cerita konon 1MDB hilang RM 42 billion di udara yang nipislah.

Buktinya mudah.  Bagaimana Mahathir tahu RM 160 billion hilang? Bukan dengan sokongan dokumen atau apa tapi sekadar melihat kepada perbezaan rizab luar negara antara 2013-2016 semata-mata.

Mahathir tak tahu dengan tepat pun sama ada RM160 billion rizab yang berkurangan itu adalah kerana semata-mata untuk menstabilkan ringgit atau ada tujuan lain.  

Jika pun semua wang itu digunakan untuk stabilkan ringgit, apa masalahnya?  Semua orang tahu, dengan harga komoditi seperti minyak yang jatuh antara 2014-2016, kerajaan perlu campur tangan untuk menstabilkan ringgit dengan mengambil sedikit dari rizab luar negara.


Dari zaman Mahathir lagi pendekatan ini dah digunakan, tak ada sebarang undang-undang yang dilanggar.  Tapi hal macam ini bukan semua orang tahu pun, nak nak penyokong Mahathir yang rata-ratanya bodoh, tak tahu apa benda pun pasal rizab luar.

Semua negara dalam dunia melakukan perkara yang sama untuk menstabilkan matawang mereka. China, Singapura, sekadar menyebut beberapa, turut melakukannya - guna rizab atau sumber dalaman, yang penting isunya kat situ, kerajaan campur tangan untuk menstabilkan nilai matawang.

No comments:

Post a Comment