Tuesday, December 26, 2017

Mahathir Berlagak Suci, Anak Cucunya Gasak Bercuti Ala Mewah Di Luar Negeri


Bahagian berlakon untuk dapat simpati, ini kita kena bagi pada Mahathirlah.  Dikala Instagram anak cucunya penuh dengan gambar bercuti ala-ala mewah di luar negara, main salji apa segala, Mahathir buat muka kesian macam orang terpinggir di Masjid Putra.

Ini kita tak boleh lawan Mahathir, kena akui, terutama bahagian berlagak suci tu.

Mahathir bagaimanapun silap kalau sangka dengan berlakon tak bersalah macam itu, rakyat boleh lupa semua kebejatan yang dia dah lakukan sepanjang 22 tahun memerintah dulu.  Kita bukan bodoh tahu.

Apatah lagi, Mahathir tidak berhenti-henti mengelirukan rakyat sekalipun pelbagai pembohongannya berulang kali dipatahkan - kadang kadang tu oleh Mat Salleh yang baru beberapa tahun duduk di Malaysia saja, seperti dalam kes perletakan jawatan Peter Belew tempoh hari.


Mudah sungguh, mat salleh yang tak arif sangat pasal politik negara pun boleh patahkan hujah Mahathir dengan mudah.

Apatah lagi kita yang lama hidup dengan penipuan Mahathir ni kan.

No comments:

Post a Comment