Anina Saadudin dilaporkan media mahu menyaman 7 orang pemimpin PPBM kerana fitnah menerima RM 7 juta daripada UMNO. Bekas Naib Presiden, Hamidah Othman pulak mahu mengambil tindakan yang sama terhadap Syed Saddick atas dakwaan yang lebih kurang jugak.
Semua ini membuktikan satu perkara saja, iaitu parti Mahathir ini menghasilkan begitu ramai pemfitnah dikalangan sesama mereka sendiri.
Ini dengan belum bentuk kerajaan lagi, gejala ftnah sudah berleluasa. Mahathir sebagai kepala pulak tidak melakukan apa-apa, sebaliknya seakan menggalakkan pula. Tak menghairankan sebab sikap Mahathir sendiri yang suka mengaitkan orang yang keluar partinya sebagai terima habuan dari UMNO.
Sementara Mahathir cakap secara am, penyokong-penyokongnya dibawah ni menambah dengan jumlah yang bukan-bukan, menarik, Mahathir diam seolah mengiyakan.
Belum sentuh lagi bagaimana Mahathir memftnah Perdana Menteri mencuri duit berbilion ringgit, dakwaan yang tidak dapat dibuktikan sehingga sekarang. Jadi nak salahkan ahli-ahli bawahan PPBM jadi kaki fitnah?
Salahkan kepalanya dulu.
No comments:
Post a Comment