Keputusan pilihanraya kampus baru-baru ini menyaksikan mahasiswa pro kerajaan menang dengan menguasai 265 kerusi berbanding pro pembangkang, 19 kerusi
Sedangkan kalau ikut gebang, dah takde dah anak muda hari ini yang cenderung menyokong kerajaan, semuanya nak bangkang, tapi di Universiti, pro kerajaan jugak menang.
Ketua Armada Bersatu, Syed Saddick harus merasa malu dengan keputusan ini. Nampak sangat dia tak buat kerja sehingga mahasiswa pro Pakatan boleh kalah begitu rupa.
Bukan itu saja kegagalan dia. Satu-satunya majlis yang dianjurkannya atas kapasiti sebagai ketua armada (dilantik bukan dipilih), berakhir dengan kerusi terbang melayang, yang menyaksikan Mahathir terpaksa diiring keluar seperti lembu.
Justeru, jadi bertambah hairan kita dengan tidak ada langsung kejayaan yang boleh ditunjuk, tetiba ada pulak orang nak offer RM 5 juta.
Orang yang dia tak pernah jumpa pulak tu!! Hanya yang bodoh saja akan percaya cerita semacam ini - mak bapak dia tak terkecuali kalau ikut percaya kisah yang sama.
Kenyataan ini dikukuhkan dengan hakikat bahawa sehingga ke saat artikel ini ditulis, Saddick masih belum membuat sebarang laporan kepada SPRM. Entah petunjuk macam mama lagi dia mahu tunggu sebelum boleh yakin bahawa tawaran RM 5 juta itu adalah satu bentuk rasuah?
Bagi duit untuk balasan yang semacam ini, rasuahlah bodoh.
Tengok, nak pastikan rasuah atau tidak pun makan masa berhari-hari, RM 5 juta punya nilai macam ini ke? Apa dia ingat kita ni lekeh sangat ke?
No comments:
Post a Comment