Wednesday, October 11, 2017

Kalau Dah Boleh Tentu Siapa Menteri, Maksudnya Kit Siang Bakal Perdana Menteri


Kit Siang beberapa hari yang lepas menyebut, Syed Saddick boleh jadi Menteri termuda dalam sejarah Malaysia.

Fakta itu sebenarnya salah sebab dalam sejarah negara, Menteri paling muda ialah orang lain, Datuk Sri Najib Tun Razak salah seorang daripadanya.  Pada usia sekarang (25 tahun), tidak mungkin Saddick ini boleh jadi Menteri termuda.

Begitupun yang paling penting, bila Kit Siang pulak menamakan Syed Saddick sebagai Menteri ini membuktikan bahawa dia adalah bakal Perdana Menteri kalau Pakatan Harapan menang.  Umum tahu, perlantikan Menteri adalah preogratif seorang Perdana Menteri.

Ini menjadikan semua penafian sebelum ini - termasuk daripada Mahathir, sebagai dusta semata-mata. Sememangnya ini adalah bukti bahawa DAP adalah abang besar dalam Pakatan dan boleh menentukan siapa akan jadi Perdana Menteri atau tidaknya.

Nak nafi macam mana lagi dah?

No comments:

Post a Comment