Mahathir dalam post di blognya semalam menyifatkan gaji kakitangan awam yang naik sejak Datuk Sri Najib Tun Razak mengambil alih ini adalah satu pembaziran.
Itu bermaksud, jika Pakatan mengambil alih dan Mahathir sebahagian daripada pemimpinnya, kakitangan awam yang sedia ada sekarang bolehlah merasa gaji mereka yang ada sekarang dipotong untyuk mengurangkan pembaziran yang Mahathir dakwa.
Betul, cakap Mahathir tidak boleh dipakai tapi dalam soal kakitangan awam ini, bukan Mahathir saja, DAP pun sebelum ini pernah cakap benda yang hampir sama - bukan potong gajilah isunya tapi pengurangan kakitangan awak yang disifatkan mereka sebagai terlalu ramai.
Maka itu, untuk perkara yang ini, semua kakitangan awam mana yang sokong Pakatan tu perlu ambil perhatian sebab ia hampir pasti dilaksanakan.
Sememangnya semasa Mahathir jadi Perdana Menteri jurang gaji kakitangan awam dan swasta amat jauh bezanya sehingga tidak ada professional yang nak berkhidmat dengan kerajaan, semua lari ke swasta.
No comments:
Post a Comment