Bekas Pengarah Urusan MAS, Petter Bellew dalam sidang media semalam, mengecam kenyataan Mahathir cuba mengaitkan perletakan jawatannya dengan campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dari sudut lain, Peter Bellew mengatakan Mahathir ini seorang penipulah senang kata.
Memang, setahu kitalah, ia adalah Mahathir yang suka masuk campur dalam semua benda semasa jadi Perdana Menteri dulu, padahal bukan ada kena mengena dengan dia sama sekali. Ada satu kisah, sampaikan berapa batang pokok di KL pun Mahathir ambik tahu juga, macam dah takde DBKL lagi dah.
Tak hairan pembangkang menyalahkan Mahathir bila kelingkupan melanda syarikat-syarikat macam Perwaja, BMF, Renong, Proton dan sebagainya.
Najib pulak bukan jenis macam itu, beliau lebih gemar menyerahkan kepada pengurusan syarikat untuk menguruskan macam mana dan beliau hanya masuk campur bila keadaan memerlukan saja.
Tak hairan banyak syarikat berkaitan kerajaan hari ini mencatat keuntungan yang lebih besar dari sebelumnya, yang penting sekali tu, belum ada yang lingkup lagi seperti zaman Mahathir
No comments:
Post a Comment