Monday, October 9, 2017

Bagi Peluang Budak Mahathir Tunjuk Belang


Perhimpunan Tolak Kleptrokrasi yang dirancang Sabtu ini, nampak sangat kurang sambutan berbanding perhimpunan-perhimpunan yang diadakan Pakatan sebelum ini.

Melainkan budak-budak Mahathir dan PAN yang begitu bersungguh, kurang sekali nampaknya penglibatan orang-orang dari PKR dan DAP.  PKR sejak sekian lama memang kepala demonstrasi, sementara DAP hanya baru-baru ini sahaja aktif penglibatan mereka.

Tidak hairanlah kenapa cerita tolak kleptokrasi ini nampak sangat suam, tidak hebat seperti yang dulu-dulu, seperti Bersih.  Mungkin sebab Mahathir kepalanya, maka tidaklah orang beria-ia.  Kleptokrat itu sendiri pun orang tak tahu apa kejadahnya.


Sejak terdedah Mahathirlah sebenarnya kepala Kleptokrat apabila peranannya terselah dalam kelesapan wang rakyat RM 32 billion dalam skandal Forex, orang kurang teruja nak melihat Mahathir sebagai penyelamat mereka.

Penyelamat apa kalau dia kepala yang melesapkannya?

No comments:

Post a Comment