Monday, October 16, 2017

Mahathir Memang Bawak Sial, Apa Nak Dikatakan Lagi


Pakatan, terutamanya Bersatu dan PAN, usahlah menuding jari kepada rakyat dan orang muda kenapa demonstrasi yang dirancang mereka pada Sabtu lepas menemui kegagalan.

Difahamkan bukan orang muda sahaja yang tidak datang ke program tersebut, malah penyertaan dari kaum cina juga sangat kurang, berbanding dengan demo jalanan lain seperti Bersih dan sebagainya.

Pakatan seharusnya meletakkan sepenuh kesalahan kepada Mahathir.  Sebab dialah demo yang Pakatan anjur gagal.


Mahathir adalah masalah sebenar dan terbesar Pakatan.  Tindakan menghulur duit kepada satu pihak dan melupakan pihak-pihak yang lain dalam Pakatan, benar-benar telah mencetuskan tragedi di kalangan puak-puak itu - seperti dibuktikan dari kegagalan demo kali ini.

Sesama sendiri pun sudah tidak percaya lagi dah, maklumlah, ini soal duit.  Jangan kata antara parti komponenlah, adik beradik pun boleh bergaduh kerananya.

Tak hairan demo hari Sabtu lepas seakan diboikot oleh PKR - sebagai parti yang tidak mendapat.

No comments:

Post a Comment