Thursday, June 1, 2017

Negarawan Jenis Apa Bela Orang Lari Cukai?


Cukai, apa nama sekalipun adalah satu cara membiayai perbelanjaan negara ini, selain pinjaman domestik dari KWSP, hasil minyak dan sebagainya.

Tanpa cukai, kerajaan boleh lumpuh, apatah lagi nak menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat. Bagi negara bersubsidi tinggi seperti negara kita, pungutan cukai adalah penting untuk membiayai semua subsidi kerajaan.

Oleh yang demikian, bila Mahathir mempertahankan 2 kroninya yang dikenakan tindakan oleh LHDN kerana gagal membayar cukai, orang jadi pelik?  Negarawan apa macam ini bela orang tak bayar cukai?


Sekalipun tidak ada peraturan bertulis, ciri-ciri seorang negarawan antara lain ialah meletakkan kepentingan negara lebih dari yang lain.  Ini kepentingan kawan-kawannya pulak didahulukan walhal kawan itu lari dari bayar cukai.

Justeu jelas, Mahathir bukan negarawan.  Dia dah tak boleh nak membezakan antara negara dan kawan-kawannya.

Tolak Mahathir!!

No comments:

Post a Comment