Menurut statistik, sejumlah RM 14 billion wang rakyat dibelanjakan ke atas Proton sejak syarikat itu mula ditubuhkan pada tahun 1985 - wang rakyat bukan wang Mahathir. Itu mungkin tidak termasuk bantuan RM 1.5 billion dan tambahan RM 1.7 billion lagi oleh kerajaan hujung tahun lepas.
Pulangan RM 24 billion yang dikatakan Mahathir dijana oleh Proton sepanjang lebih 30 tahun itu adalah sebahagian besar cukai yang dibayar pembeli Proton kepada kerajaan. Syarikat itu sendiri tidak menyumbang cukai sebanyak mana pun kepada kerajaan, sekurang-kurangnya sebanyak wang rakyat yang dikeluarkan untuk menampung syarikat tersebut.
Justeru, kalau Proton perlu di'metaforakan' sebagai anak kepada sesiapa di negara ini, maka yang layak mendapatnya ialah rakyat Malaysia - bukan Mahathir.
Mahathir kalau melayan Proton seperti anaknya, syarikat itu sudah berjaya sekarang, bukan rugi dan menanggung beban. Buktinya, 3 dari 6 anak-anak Mahathir, semuanya kaya raya termasuk ada yang bergelar jutawan sebelum umur cecah 40 tahun. Itu baru betul layan anak, kasi kaya dan dan berjaya
Sebab bukan anaklah Proton rugi seperti mana rakyat 'rugi' sepanjang 22 tahun Mahathir jadi Perdana Menteri. Kerugian terbesar terpaksa ditanggung rakyat, sudah tentulah ketika negara berhadapan krisis ekonomi 1997 yang kini dipercayai ramai berpunca daripada kerugian lebih RM 30 billion akibat perjudian matawang asing yang di dalangi Mahathir 3 tahun sebelum itu.
No comments:
Post a Comment