Proton ialah sebuah syarikat swasta yang tidak lagi ada kena mengena dengan kerajaan. Mahathir pulak adalah bekas Pengerusi Proton yang meletak jawatan dari syarikat tersebut secara rela hati, tak siapa paksa - macamlah sesiapa boleh memaksa Mahathir.
Justeru orang hairan kenapa Mahathir menangis bila berita saham Proton dimiliki oleh Geely dari China bila Proton masih mempunyai kawalan ke atas syarikat tersebut? Dari apa segi Mahathir sudah tidak ada kena mengena dengan Proton lagi. Sebelum dijual pada 2012 kepada pihak swasta, Mahathir terlebih dahulu menjual Proton kepada DRB yang dulu dikuasai Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad.
Drama air mata macam ini sebenarnya bukan baru dalam politik negara kita. Kit Siang dah dulu buat bila konon DAP tak boleh guna lambang sendiri dalam PRU13 dan terpaksa guna lambang PAS kerana konon nak diharamkan RoS. Sampai sekarang apa pun takde, operasi masih macam biasa.
Rakyat jangan termakan dengan drama air mata macam ini kerana sudah banyak kali dibuat untuk menarik simpati. Mahathir dah takde apa lagi dah nak didramakan, melain air matanya.
Dulu masa nak letak jawatan Mahathir menangis juga tapi diakhirnya kita tahu Mahathir tak pernah berminat melepaskan jawatan, dia masih mahu menjadi pencatur kepada hampir segalanya dalam negara ini sekalipun sudah tidak lagi berkuasa.
No comments:
Post a Comment