Kata Mahathir, Pakatan akan mengembalikan asas demokrasi kalau menang dalam PRU14 yang akan datang. Seolah negara kita hari ini tidak cukup demokratik di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ironinya, dari 5 bekas Perdana Menteri yang kita ada, ia adalah Mahathir yang paling banyak dituduh sebagai tidak demokratik. Bukan sahaja demokrasi, sistem undang-undang kita juga menjadi bahan kecaman sepanjang Mahathir jadi Perdana Menteri - tanya pembangkang kalau tak percaya.
Sekarang dia bercakap seolah-olah Najib tidak demokratik pulak?
Tengok UMNO cukuplah. Siapa yang memperkenal sistem undi bonus untuk sesiapa melawan jawatan Presiden pasca pemilihan 1987? Mahathir? Demokrasi sangatlah kekal kuasa pakai undi bonus tu?
Yang buang sistem undi bonus tu siapa? Najib, masih nak kata demokrasi mati dibawah Najib? Tak sentuh lagi ISA dan sebagainya lagi tu.
Berhenti merepek Mahathir.
No comments:
Post a Comment