Tuesday, May 2, 2017

Bila Dgn PKR Pun PAS Putus, Apa Nasib Mahathir?


Penulis difahamkan, sebetulnya PAS tidak pernah pun ada minat berbincang hal kerjasama dengan parti Mahathir, Bersatu secara rasmi.  Yang berlaku ialah, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang berunding dengan Bersatu secara tidak rasmi.

Itupun sebenarnya PAS meninjau peluang bagaimana untuk menghancurkan PAN melalui Bersatu dan bila kelihatan Bersatu pun sama-sama macam PAN menjadi hamba DAP, maka segala bentuk rundingan dengan Bersatu, tertutup terus.


Justeru, setelah hubungan dengan PKR pun diputuskan (dipercayai atas sebab yang sama - menjadi hamba DAP), maka dimana kedudukan parti Mahathir selepas ini?


Berbanding PAS, Bersatu ni adalah besar hama dalam Pakatan pembangkang.  Mulut saja besar itupun sebab ada Mahathir dan survival Bersatu dalam Pakatan mahupun politik Malaysia ini adalah terletak sepenuhnya kepada Mahathir.  Ada Mahathir ada Bersatu, takde Mahathir, takde Bersatu.

Tak hairan antara 7 pengasas parti pun meninggalkan parti sebab dah nampak, tanpa naungan dan sekutu yang kuat, bergantung pulak kepada nama Mahathir semata-mata, Bersatu ini tidak ada masa depan yang panjang apatah lagi nak memberikan cabaran kepada BN.

Setakat geli-geli bolehlah.

No comments:

Post a Comment