Wednesday, April 26, 2017

SAR: Zaman Mahathir Ditarik Peruntukkan, Zaman Najib Ditambah Peruntukkan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengagihkan peruntukkan sebanyak RM 80 juta kepada sekolah agama rakyat (SAR), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan pusat pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara.

Dengan adanya peruntukkan yang besar ini, dapatlah semua sekolah agama rakyat yang terbabit menjalankan aktiviti mereka dengan mudah dan tidak mengambil jalan senang dengan mengarahkan pelajar-pelajar dibawah pengurusan sekolah masing-masing mengutip derma dan sebagainya untuk membiayai aktiviti masing-masing.

Bagaimanapun yang lebih penting lagi, peristiwa ini mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana inilah pertama kali dalam ingatan penulis dimana kerajaan persekutuan memberikan peruntukkan yang begitu besar untuk institusi sekolah pondok dan sealiran dengannya.


Zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu, peruntukkan kerajaan persekutuan untuk sekolah-sekolah pondok ini dihentikan kerana dia mendakwa institusi berkenaan dijadikan platform untuk menyebarkan fahaman politik PAS!!

Sampai ke sudah Mahathir gagal membuktikan perkara tersebut tapi yang pasti insitusi sekolah pondok dan yang seangkatan dengannya berada dalam keadaan yang sukar kerana dendam politik Mahathir turut melibatkan anak-anak sekolah.

Begitulah berbezanya Mahathir dengan Najib, itupun ada yang menganggap Mahathir ini mulia bawah sikit dari Tuhan.


No comments:

Post a Comment