Buat pertama kali semalam, Ahli Parlimen tunggal Pribumi (itupun menang atas tiket BN), Muhyiddin Yassin hadir sebagai dengan status penyokong Pakatan Harapan. Sebelum ini kedudukan Pribumi lebih kurang macam ahli bersekutu kepada Pakatan saja, sekarang sudah rasmi.
Ya, Muhyiddin ada dalam tu.
Walaupun Muhyiddin tidak mengganggu ahli parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dari membentangkan RUU355, tapi Muhyiddin juga tidak menghalang komrad komradnya seperti Lim Kit Siang dan lain-lain yang aktif cuba menghalang pembentangan tersebut.
Hanya selepas sidang berakhir, Muhyiddin membuat sidang media di luar dewan, masa dalam dewan, dia diam macam tikus, tak membantah apa pun. Kit Siang dia tak bantah, Speaker tangguh perbahasan pun dia tak bantah.
Dah habis sidang baru nak tunjuk macam terer, konon rasa dipermainkan kerana perbahasan tidak bermula sebaik Hadi selesai membentangkan usul itu. Walhal, kerana diganggu komrad-komrad sekutu Muhyiddinlah, perbahasan RUU355 tak sempat dibuat.
Bukan saja-saja nak tangguh perbahasan tu. Macamlah kalau ada undian Muhyiddin nak sokong.
No comments:
Post a Comment