Friday, April 21, 2017

Budaya Berpuak-Puak Ni Mahathir Bawa Kemana Saja Dia Pergi


Agak menarik dalam sidang media pengumuman keluar parti oleh bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti Bunga, Kamarulazman Habibur Rahman kelmarin, tak sekalipun nama Mahathir disentuh.

Membuktikan, ketika nak keluar parti pun, pendewaan terhadap Mahathir berkurang jangan.

Padahal, antara alasan keluar parti yang disebutkan Kamarul ialah budaya berpuak-puak ala-ala kasta yang diamalkan dalam parti bercapkan bunga itu sebenarnya sangat sinonim dengan Mahathir, malah tak keterlaluan - trademark Mahathir.


Ketika dia dicabar Tengku Razaleigh dalam pemilihan 1987, wujud team A dan Team B, begitu juga ketika Mahathir mahu menyingkirkan arwah Ghafar Baba untuk digantikan Anwar dalam pemilihan 1993, team Wawasan diwujudkan sehingga arwah Ghaffar menarik diri dan memberi kemenangan percuma kepada Anwar untuk kerusi Timbalan Presiden.

Maka kita tidak terperanjat bila ahli tertinggi dalam parti Mahathir pun mengadu tentang perkara yang sama sebab memang itulah yang berlaku kalau Mahathir memegang kuasa.  Perpecahan sesam sendiri akan memberika keuntungan kepada Mahathir dan keturunannya.

No comments:

Post a Comment