Mahathir menerima tamparan yang Maha hebat hari ini bila seorang dari 7 pengasas parti tersebut, Kamarul Azman Habibur, mengumum keluar parti kerana mendakwa kabur dengan perjuangan parti Mahathir anak beranak tu.
Tujuan Mahathir menubuhkan Bersatu ialah untuk menyaingi UMNO, tapi sementara UMNO kekal teguh dan utuh dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, Bersatu semakin 'lengang' dari masa ke semasa.
Lepas sorang, sorang keluar parti.
Sehingga diakhirnya, Bersatu ini diyakini hanya akan dihuni oleh Mahathir, kuncu-kuncunya dan anak beranaknya saja, silap-silap dengan Muhyiddin sekalipun out dalam beberapa masa yang terdekat ini.
Bayangkanlah, pengasas pun keluar parti kerana kabur dengan perjuangan, apa lagi rakyat biasa yang melihat saja pergolakan dalaman parti tersebut dari luar ni? Nak yakinkan orang luar macam mana kalau orang yang menjadi antara pengasas pun kabur dengan perjuangan parti?
Elok Mahathir bersara sajalah, nak tunggu kenyang macam mana lagi?
No comments:
Post a Comment