Wednesday, April 5, 2017

Jack Ma Pun Sudi Berkongsi Rahsia Kejayaan, Mokhzani Pulak Lagi


Sejak isu kejayaan dan kekayaan luarbiasa anak-anak Mahathir ini mula menjadi perbualan, ramai yang kagum dan mahu anak-anaknya berkongsi rahsia kejayaan itu dengan rakyat Malaysia.

Dikatakan dari 6 anak-anak Mahathir, tak campur anak-anak angkat dan lain-lain, separuh darinya adalah bergelar jutawan, hartawan dan segala macam wan wan dibelakang.  Ada RM 1 billion atau tidak itu bukan persoalan tapi kaya dan jutawan.

Mirzan katanya sebelum 40 dah jutawan, Mokhzani sebelum cecah 50 pun senarai nama dah masuk 10 terkaya dan lain-lain lagi.

Justeru, wajar berkongsi rahsia kejayaan, bukan nak cari salah pun, berkongsi kejayaan saja.  Takkan itu pun salah?

Hartawan macam Jack Ma pun kehulu ke hilir menceritakan rahsia kejayaannya untuk dijadikan motivasi oleh generasi muda.  Anak-anak Mahathir yang tak berapa kaya macam Jack Ma pulak kedekut ilmu kenapa?

Menarik untuk tahu rahsia anak Mahathir menjadi kaya, terutama dalam hal menjadi kaya tanpa sedikit pun pertolongan bapanya semasa menjadi Perdana Menteri.  Itu rare punya kisah, Jack Ma pun takde pengalaman itu, pasti menarik kalau dikongsikan.

Apatah lagi kita tahu Mahathir dan keturunan sebelumnya bukan jutawan, kalau memang asal jutawan tu lainlah kalau anak kaya raya.  Masa jadi PM, semua perbelanjaan Mahathir ditanggung kerajaan sampai duit gajinya tak payah usik.  Mesti ada rahsia yang disembunyikan tu.


No comments:

Post a Comment