Monday, May 22, 2017

Mahathir Sedang Dikenakan PKR, Dia Tak Sedarkah?


PKR telah mengadakan berbelas kali Kongres sejak kewujudannya pada tahun 1999.  Yang tidak berubah hanya Wan Azizah sebagai Presiden tapi dalam setiap Kongres - tanpa atau dengan Anwar, junjung-junjung plakad menjulang Anwar ini semua tak pernah berlaku.

Kenapa agaknya hanya setelah Mahathir umum bekerjasama dengan PKR dan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Datuk Sri Najib saja, gejala junjung-junjung plakad ini berlaku dalam Kongres PKR?

Biar penulis jawab, PKR sebenarnya sedang mengenakan, memalukan malah menghinakan Mahathir secara berdepan - tanpa tua kutuk itu sedari.  Mahathir terlalu leka dengan dendamnya ke atas Datuk Sri Najib sehingga dia tak sedar sedang 'diludah' PKR depan berdepan.

Ludah paling pekat ke muka Mahathir ialah semalam bila plakad Anwar sebagai PM ke 7 dijulang ketika Mahathir hadir dalam Kongres itu buat pertama kali.  Dunia tahu, PKR tahu bahawa Mahathir keluar UMNO dan menubuhkan Bersatu untuk menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri.


Masa itulah juga plakad Anwar sebagai PM ke 7 dijulang depan Mahathir.  Agaknya tersedar sedang dikenakan, Mahathir pura-pura ambik gambar untuk elak julang plakad Anwar PM ke 7.

Inilah buktinya PKR sedang mengenakan Mahathir, membalas semula semua perbuatannya ke atas Anwar.  Sejak Mahathir bekerjasama dengan Pakatan, belum pernah sekali dia meminta maaf atas semua kezaliman yang pernah dilakukannya ke atas Anwar - kezaliman dalam erti kata yang orang PKR percaya sejak Anwar dipecat, maka inilah cara paling halus untuk mengenakannya.

Dalam erti kata yang lain, PKR tidak ikhlas bekerjasama dengan Mahathir malah PKR mengambil kesempatan dari dendam kesumat Mahathir ke atas Najib, untuk mengenakan Mahathir semula.

No comments:

Post a Comment