Lautan manusia yang memenuhi Stadium Bukit Jalil sempena sambutan 71 tahun UMNO semalam, membuktikan bahawa parti ini masih kukuh disebalik segala gerak dan usaha untuk melemahkannya terutama dari bekas Presidennya sendiri, Mahathir.
Bagi yang tak tahu, sejak 1989 (bila UMNO baru ditubuhkan), sambutan Hari UMNO dikira berdasarkan tarikh asal penubuhan pada 11 Mei 1946. Sejak 1989, bukan baru semalam.
Menariknya, ini adalah kali pertama UMNO menyambut ualng tahun parti dengan kehadiran parti Mahathir, Bersatu yang ditubuhkan khas untuk menyaingi UMNO dan menyaksikannya kalah dalam PRU14.
Ketika di awal penubuhannya dulu, ramai bimbang Bersatu mampu mengurangkan sokongan terhadap UMNO, melihat kepada bekas-bekas pemimpin UMNO yang menyeberang ke parti tersebut.
Ternyata, belum pun setahun, parti Mahathir dilanda pelbagai masalah dalaman yang menyaksi hampir setiap hari, ada saja orang yang keluar parti, termasuk dari kalangan 7 pengasasnya sendiri.
Oleh yang demikian, jangan kata nak mengurangkan sokongan terhadap UMNO, nak mempertahankan sokongan terhadap partinya sendiri pun Mahathir gagal. Jangan terkejut kalau selepas ini parti Mahathir dibuang begitu saja oleh Pakatan macam anak luar nikah.
No comments:
Post a Comment