Semua orang tahu, demokrasi, kebebasan bersuara adalah pantang besar kepada Mahathir. Semasa dalam UMNO, 2 perkara itu hampir menyebabkan dia kalah pemilihan tahun 1987. Tersedar dari tu, Mahathir haramkan UMNO, tubuh baru dan perkenal sistem kuota.
Dengannya (sistem kuota), hampir mustahil untuk sesiapa mencabar jawatan Mahathir.
Justeru, bila berlaku pemberontakan 2 Exco Armada dalam partinya sendiri, sikap diktator Mahathir terserlah. Dia mengarahkan anaknya, Mukhriz buat kenyataan bahawa 2 Exco itu akan dihadap ke jawatankuasa disiplin PPBM, kononnnya ini orang UMNO.
Walhal salah seorang daripada mereka, Mohamad Hafidz, adalah dipilih sendiri oleh Mukhriz untuk duduk dalam Armada, dengan macam mana dia boleh jadi orang UMNO? UMNO patut saman Mukhriz kerana buat kenyataan macam ini, jelas penipuannya.
Apa pun ini taktik Pakatan yang biasa. Bila ada masalah, kait UMNO, apa takde modal lain ke?
No comments:
Post a Comment