Mahathir tidak menafikan bahawa dia bersedia untuk menjadi Perdana Menteri semula. Kenyataan ini bermaksud perjuangan Mahathir selama dia menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah untuk kepentingan peribadinya sendiri.
Bukan sebab rakyat sama sekali.
Kali ini bukan lagi tentang orang lain jadi PM dan dia mengawal macam remote control di belakang, tapi dia sendiri tu yang nak jadi PM.
Hakikat ini ramai orang tak perasan, jadi sekarang, perasan-perasan kanlah motif sebenar Mahathir menyerang Perdana Menteri termasuk menggunakan pihak asing untuk mencapai tujuan tersebut.
Apa benda agaknya yang tak cukup-cukup dibuat dalam tempoh 22 tahun tu sehingga masih mengidam jawatan sama sekarang? Mungkin faktor anak kot.
No comments:
Post a Comment