Monday, June 19, 2017

DoJ: Mahathir Terlupa Perkara Penting - BUKTI


Difahamkan kenyataan media DoJ baru-baru ini mengandungi lebih 250 mukasurat.  Banyak benda yang disentuh dalam itu mengenai kononnya harta yang diperolehi dari wang 1MDB yang dicuri.

Beli kapal layarlah, beli lukisanlah dan beli barangan kemaslah.  Padahal, tidak ada duit 1MDB yang hilang dan orang yang disebut itupun (Jho Low), memang diketahui seorang jutawan sebelum 1MDB wujud pun.

Mahathir dikenal pasti dalang utama disebalik kenyataan tersebut melalui Yayasan Clinton - seperti didedahkan Malaysia Today dan semua rakyat Malaysia tidak begitu mengambil tahu tentang perkara yang jelas konspirasi politik semata-mata.


Apa pun, dari beratus mukasurat, Mahathir terlupa meletakkan penanda aras yang penting untuk mana-mana pendedahan seperti itu - BUKTI.  Hanya kerana ia disiarkan oleh DoJ, bukan  bermaksud itu adalah BUKTI kerana walau di Amerika sekalipun, pengadilan dilakukan di Mahkamah, bukan DoJ.


Dan Mahkamah memerlukan BUKTI.  Apatah lagi dalam kenyataan media yang sama, DoJ dah sebut bahawa kenyataan itu dibuat berdasarkan aduan semata-mata, BUKTInya tak ada.

Macam mana Mahathir boleh cuai macam ini, segala macam letak, BUKTI pulak lupa nak letak.

No comments:

Post a Comment