Pandai akhbar-akhbar memilih tajuk berhubung komen Anwar ke atas hasrat Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.
Bukanlah dengan mengatakan sedemikian, hebat mana pun Anwar tu. Dia pun lebih kurang Mahathir juga - tidak layak untuk bercakap siapa patut atau tidak patut menjadi Perdana Menteri, apatah lagi masih bergelar banduan yang sedang menjalani hukuman kerana meliwat.
Orang macam ini nak sembahyang Jumaat pun tak wajib (sebab tak merdeka) apatah lagi nak cakap siapa patut tak patut jadi Perdana Menteri. Dosa pahala memilih peliwat jadi pemimpin ni kita cakap kemudianlah, kang jadi panjang pulak cerita tentang Mahathir ni.
Tapi dengan idea Pakatan untuk mengeluarkannya dari penjara KALAU mereka menang dalam PRU14 dan hakikat bahawa 3 dari 4 komponen dalam Pakatan menyokongnya sebagai Perdana Menteri kalau itu (mengeluarkannya dari penjara) berjaya, kira Anwar adalah sana sikit sini sikit kelayakan untuk bercakap tentang hal itu.
Sebab menentukan Perdana Menteri di negara ini adalah berasaskan proses politik yang telah digariskan dalam perlembagaan - sesuatu yang Mahathir tidak ada kelebihan.
Dan jelas dari kenyataan Anwar itu hari ini Mahathir hanya ada dirinya sahaja untuk menyokong cadangan menjadi Perdana Menteri semula, orang lain semua tolak awal-awal.
No comments:
Post a Comment