Media melaporkan Mukhriz akan membawa Exco Armada Bersatu, Muhammad Hafiz Azhar ke Lembaga Disiplin parti itu kerana mengkritik bapanya dan dia sendiri baru baru ini.
Hafuz kelmarin mengadakan sidang media bersama kumpulannya dalam Bersatu, mempersoalkan sumber kekayaan Mahathir anak beranak dan skandal Muhyidddin Yassin bersama apa yang dulu, isteri orang.
Kita semua masih ingat, ketika dibuang dari UMNO, Mukhriz ke hulu ke hilir mendakwa bahawa tindakan itu diambil kerana dia berani bersuara menentang Presiden UMNO dalam isu 1MDB dan UMNO sudah tidak demokratik lagi kerana menghalang kebebasan bercakap.
Dan kerana itu Mukhriz menubuhkan parti baru bersama Muhyiddin dan Mahathir dan melaung inilah parti dengan kebebasan bersuara yang sebenar.
Sekarang ni apa hal pulak, dah kemana kebebasan bersuara yang dilaungkan sangat tu? Itu sajalah nak tanya.
No comments:
Post a Comment