Saturday, May 14, 2016

Permainan Angka Mahathir Untuk Menipu Rakyat


Kelmarin salah seorang pendokong kuat Gerakan Rakyat, Kamarudin Jaafar mengesahkan jumlah penandatangan deklarasi itu belum pun cecah 1 juta.  Di satu sudut yang lain, Mahathir sudah bergembira, siap berdoa apa bagai sebab konon jumlah 1 juta tu dah capai.

Semalam tiba-tiba diumumkan bahawa sudah 1.27 juta orang tandatangan deklarasi itu dan Mahathir bersedia untuk bertemu YDP Agung mempersembahkan angka tersebut.  Sebab Agung berasal dari Kedah, satu negeri dengan Mahathir, ramai percaya betullah Mahathir boleh yakinkan Agung untuk terima deklarasi itu dan menggantikan Perdana Menteri.

Tapi law mana nak pakai kata boleh ganti PM dengan satu juta tandatangan deklarasi?  Mahathir tahu orang bertanya soalan tu, tapi dia bukan peduli, yang penting nak ganti Najib dengan pilihan Perdana Menterinya sendiri.

Apa pun, nak dijelaskan disini bahawa ini semua hanya permainan angka Mahathir dan Mahathir tak pernah yang betul dengan angka.  Isu 1MDB cukup, kejap kata duit hilang RM 42 billion, kejap kata RM 27 billion lepas tu RM 42 billion balik sebelum mengaku hutang (bukan hilang), cuima jumlah hutang tu sudah RM 50 billion pulak dah.

Bukan kata tak betul jumlah tu, betul tapi semua tu tak hilang, sebaliknya hutang yang sebenarnya dah selesai pun dibayar 1MDB.  Mahathir sengaja pusing-pusing nombor tu nak nampak konon berlakunya penyelewengan oleh Najib tapi sampai sudah dan setelah disiasat pelbagai pihak, tak nampak pun kat mana penyelewengannya.

Kita percaya samalah kesnya dalam sokongan deklarasi rakyat ni, Mahathir dok pusing-pusing angka tu untuk nampak kononnya 30 juta rakyat (separuh darinya pengundi) tidak menyokong Perdana Menteri.  

Bagaimana dari 500,000 tandatangan bertambah jadi 1.27 juta tandatangan pada hari yang sama?  Betul ke semua yang konon tandatangan tu cukup akalnya dan umurnya untuk terlibat dalam hal hal dewasa macam ini? Banyak keraguan untuk digunakan bagi mengganti Perdana Menteri, Mahathir janganlah ingat rakyat bodoh sangat.

Senang cakap, dia nak bagi gempak saja dan percaya kepada penipuan sendiri memang antara kemahiran Mahathir.

No comments:

Post a Comment