Tuesday, May 17, 2016

Mahathir Kerjanya Memang Hijack Hak Orang


Surat Anwar Ibrahim yang didakwa dibaca dalam satu mesyuarat biro politik PKR kelmarin, jika benar, menyerlahkan kebimbangan pengasas PKR tersebut atas pembabitan beberapa orang kuat parti itu dengan musuh tradisinya Mahathir.

Orang macam Azmin dan beberapa yang lain.

Ada kata itu surat betul, ada yang nafi tapi berdasarkan apa yang tersebar di Whatsapp, itu memang gaya Anwar.

Dengan anggapan surat itu adalah betul, nampak sangat Anwar bimbang peranannya dihijack Mahathir.  Mahathir, seperti yang kita semua tahu, memang suka hijack benda yang orang dah buat elok sejak dulu lagi.  

Dari sebesar-besarnya perkara seperti UMNO diharamkan supaya Mahathir boleh tubuh UMNO baru (dia sendiri sebagai ahli pertamanya) sehingga kepada sekecil-kecil majlis seperti penganjuran program Nothing To Hide, itupun Mahathir hijack juga untuk tunjuk macam dia berkuasa.


Ini biasa.  Dengan status Azmin sebagai bekas pegawai khas Mahathir, lagi mudah dia jadi pengikut diktator tua itu   Kedudukan Azmin dalam PKR dan kerajaan negeri Selangor pun goyah, jadi dia perlu cari kuasa ketiga untuk kukuhkan kedudukkannya dan tak terperanjat kalau Mahathir yang dipilih.

Mahathir memang tidak ada kekuatan sendiri melainkan apa yang sudah sedia ada tunggu untuk dia hijack saja - itu Mahathir.

No comments:

Post a Comment