Ketika mahu 'disepak' keluar dari jawatan Menteri Besar awal tahun dulu, 14 bahagian dari 15 bahagian UMNO negeri Kedah, tampil bersama-sama dalam satu sidang media, mahu Mukhriz diganti dengan orang lain.
Mukhriz, disebalik semua cakap besar tentang demokrasi, menolak pandangan 14 bahagian ini kerana kononnya tidak mewakili akar umbi dan rakyat negeri Kedah secara keseluruhannya - sebelum akhirnya mengalah dan meletak jawatan.
Kenapa akhirnya Mukhriz mengalah? Sebab dia tahu, dalam UMNO, bahagian adalah lebih superior dari cawangan. 14 dari 15 tu adalah bukti kukuh bahawa Mukhriz perlu mengosongkan kerusi Menteri Besar memandangkan jawatan itu adalah jawatan lantikan politik.
Rakyat Kedah tidak mengundi dan memilih Menteri Besar, mereka mengundi calon DUN dan Perdana Menteri serta pihak Istana menentukan siapa patut dan tak patut jadi Menteri Besar.
Sekarang dakwa Mukhriz, ada 50 cawangan dari lebih 23,000 cawangan UMNO di seluruh negara yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, Mukhriz sudah anggap itu cukup untuk Najib berundur.
Yang 14 bahagian (dari 15) tak cukup untuk singkir dia sebagai MB, yang 50 cawangan (dari lebih 23,000) dianggap cukup untuk Najib letak jawatan sebagai PM. Gila macam mana? Dah disebut tadi, dalam UMNO, bahagian macam mana pun lebih besar dari cawangan.
Jelasnya ini cakap orang yang tidak boleh terima hakikat bahawa dia tu tak layak menjadi apa pun dalam UMNO. Sepatutnyalah orang macam ini dibuang, jangan lagi disimpan. Lagi lama simpan, lagi lama jadi masalah dan beban
No comments:
Post a Comment