Geopolitik Sarawak sejak 2011 sebenarnya tidak banyak berubah. Sekalipun berlaku perubahan pucuk pimpinan negeri apabila Tan Sri Mahmud Taib melepaskan jawatan Ketua Menteri kepada Tan Sri Adenan Satim pada 2014, kalau ada swing pun, tak berapa banyak.
Pengundi Cina dan sebahagian orang Dayak masih menyokong kuat DAP dan tidak hairan kenapa DAP dengan berani bertanding 31 kerusi berbanding 15 pada tahun 2011.
Tapi apakah yang menyebabkan DAP hilang begitu banyak kerusi dalam pilihanraya negeri berakhir Sabtu lepas?
Sebetulnya, sejak DAP bekerjasama dengan DAP ini, keyakinan rakyat terutama di kalangan orang cina terhadap DAP, semakin berubah. Sikit sikit putar belit sana sini boleh terima, tapi bab berbaik-baik dengan Mahathir, itu sudah lebih.
Maka itu kita lihat peratusan keluar mengundi di kalangan orang cina terutamanya begitu rendah sekali, mereka protes dengan tidak keluar mengundi. Ada kawasan, peratusan keluar mengundi hanya sekitar 52% sahaja, macam di Batu Kitang.
Jarang DAP mengalami kekalahan macam ini, biasanya peratusan menang berbanding kerusi bertanding DAP adalah lebih baik dari komponen lain dalam Pakatan Harapan. 2011 saja tengok, bertanding 15, menang 12.
Ini bolej berlaku sebab kerjasama antara Mahathir dan DAP. Mahathirlah puncanya DAP hilang banyak kerusi di Sarawak kerana penyokongnya tak keluar rmengundi, nyaris tak hilang semua hari itu.
Oleh yang demikian, berhentilah menyalahkan pihak lain, salahkan Mahathir. Mahathir ni memang bawak suwey dimana-mana pun kalau dia ada.
No comments:
Post a Comment