Datuk Sri Najib Tun Razak telah terlibat dalam politik selama lebih 40 tahun, bukan satu jangka masa yang singkat tu. Walaupun terjebaknya beliau dalam politik ini secara bidan terjun, menggantikan arwah bapanya, Tun Razak yang meninggal dunia, tapi selepas 40 tahun, beliau adaah seorang 'master'.
Jangan main-main dengan Najib, Mahathir pun gagal menjatuhkan beliau.
Maka itu bila Najib melawat Anwar di hospital hari ini, banyak pihak terutama yang berkaitan pembangkang, mula melompat. Masing-masing cuba menafsir maksud di sebalik lawatan tersebut kerana Mahathir sendiri pun tak datang jumpa Anwar di hospital.
Begitupun tak usahlah terkujat sangat. Najib ini orangnya berjiwa besar, lawatan itu adalah tanda jiwa besarnya kepada Anwar yang sedang mendapatkan rawatan bagi sakit bahunya. Hadi pun Najib lawat, arwah Harun Din dan Nik Aziz dulu pun, takde bezanya dengan yang ini.
Rakyat beliau semua tu.
Tapi yang pasti Mahathir panas malam ni. Mungkin dia sedang berkira-kira untuk menarik balik sokongannya terhadap Anwar, hanya sebab pertemuan ini saja. Mahathir tahulah, bukan boleh tak kena sikit.
No comments:
Post a Comment