Monday, November 20, 2017

Jumpa Zahid Hari Ini, Tanyakan Sekali Soal 'Kutty'


Sejak asal keturunan Kuttynya dibangkitkan, entah kenapa Mahathir menyasarkan Datuk Sri Najib Tun Razak untuk diserang balas, sekalipun yang mula-mula sekali membangkitkan perkara tersebut ialah Datuk Sri Zahid Hamidi.

Orang dapat melihat bagaimana sejak isu Kutty ini berbangkit, Mahathir mula menyerang arwah Tun Razak dalam banyak kenyataannya, seolah-olah balas dendam kerana Najib yang menerbitkan perkara tersebut.  Padahalnya bukan.

Justeru, pada perjumpaan dengan Zahid hari ini bagi membincangkan isu PPBM tidak mengadakan AGM sehingga berhadapan risiko diharamkan Pendaftar Pertubuhan, harap Mahathir boleh membangkitkan isu Kutty ini dengan orang yang memulakannya.

Kalau rasa perkara itu tak betul, boleh minta depan-depan Zahid supaya tarik balik kenyataan itu, kalau betul, sila mengaku kepada semua orang di luar ini siap dengan penjelasan kenapa sampai berlaku sedemikian.

Agak-agak, Mahathir berani tak?

No comments:

Post a Comment