Agak pelik bila Mahathir mendakwa Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak menjalankan kerjanya dengan memaklumkan partinya mengenai apa yang perlu dibuat bagi mengelakkan pendaftaran dibatalkan.
Bekas Presiden UMNO yang mengendalikan lebih dari 22 kali mesyuarat agung UMNO sepanjang kariernya sebelum masuk Pakatan (sokong DAP), tapi boleh tak tahu parti politik kena ada mesyuarat setiap tahu sampai nak kena diberitahu oleh RoS pulak? Dimana logiknya tu?
Takkan itupun nak tunggu RoS bagitau, benda rutin kot. Setahun sekali memang kena buat mesyuarat setiap parti politik, apasal nak kena bagitau pulak? Parti politik lain takde masalah apa pun.
Mungkin Mahathir terbayang dia masih memimpin UMNO dimana semua urusan adalah terurus dan berstruktur, selain pengurusan yang cekap. Presiden tak payah fikir apa, semuanya dijalankan dengan cemerlang oleh orang yang dibawah.
Benda itu bagaimanapun tidak ada dalam partinya sekarang, itu yang nak buat mesyuarat cawangan pun tak dapat. Sama ada itu atau tidak ada orang. Harap nama-nama besar kat atas saja tapi langsung tak berguna.
No comments:
Post a Comment