Monday, April 2, 2018

Kenapa Mahathir Tak Umum Kerusi Untuknya Bertanding Lagi?


DAP di sana sini sudah mengumumkan calon yang dipilih untuk bertanding di kawasan tertentu, terutama di Johor.  PKR dan PAN nampaknya masih tidak berbuat demikian lagi untuk dapat kelebihan berbanding PAS.

Sebagai parti yang tidak ada kemungkinan saingan 3 penjuru (melainkan calon Bebas dan calon parti nyamuk) kerana menumpu kepada kerusi majoriti orang cina, DAP bolehlah umum calon awal-awal.


Tapi yang anehnya, disebalik semua gebang gebung pasal dirinya yang masih diperlukan rakyat Malaysia, Mahathir, 93 tahun masih lagi tidak mengumumkan untuk bertanding di mana dalam PRU14 yang akan datang.


Kata kuat sangat, calon Perdana Menteri lagi tapi tak berani umum kerusi mana nak bertanding ke?

Ramai orang berkata, melainkan berjaya beli/sabotaj calon lawan semasa hari penamaan calon, tidak ada cara Mahathir boleh menang dalam pilihanraya, apatah lagi jadi Perdana Menteri semula.  Ornag gila saja yang akan undi calon tua 93 tahun sebagai ahli parlimen.

No comments:

Post a Comment