Wednesday, April 11, 2018

Didakwa Ada Akaun Luar Negara, Mahathir Boleh Saman Kalau Tak Betul


Cerita Mahathir ada menyimpan wang dalam akaun rahsia di luar negara ini sebetulnya bukanlah cerita baru, lama dah kita dengar, sampai ke Israel pun ada.  Dah ramai orang berkata, antara mereka ialah bekas pekerjanya dan terbaru kenalan keluarga yang agak lama pula.

Secara peribadi, penulis tak pasti kebenaran di sebalik dakwaan terbaru ini tapi dah tentu, tuduhan macam ini berat.  65 juta pound pada tahun 1987 besar nilainya dari segi tukaran saja tu, belum nilai inflasinya lagi berbanding hari ini.

Dalam tuduhan itu, ada juga nama arwah Tan Sri Mohamad Rahmat disebut sebagai antara yang terlibat menyerahkan wang itu kepada Mahathir dan seperti kita tahu, anak-anak arwah masih ramai yang ada lagi, antaranya Datuk Nur Jazlan Rahmat.  Tunggu yang ini buka mulut saja, habislah Mahathir.

Mahathir atau anak-anaknya yang nama mereka hampir kesemuanya disebut dalam dakwaan yang sama, perlu juga jawab dakwaan ini dan ada banyak cara untuk mereka berbuat demikian - saman misalnya.  

Penulis pasti orang yang buat tuduhan ini, beliau ada semua bukti untuk menyokong dakwaannya, tinggal lagi Mahathir saja perlu siap bukti untuk menafikannya pula - kalau dia beranilah.


No comments:

Post a Comment