Wednesday, March 7, 2018

Jho Low Belah Mana?


Kenyataan Jho Low tak lama selepas sebuah kapal persiaran di tahan di Indonesia yang kemudiannya disiarkan banyak media, sebenarnya tidak pun boleh dijadikan bukti bahawa dia adalah tuan punya kapal tersebut.

Ia lebih kepada mengecam DoJ dan FBI kerana mengaitkan penahanan kapal itu dan kaitan dengan dirinya tanpa menyertakan sebarang bukti kukuh.  Dia sendiri tak sahkan apa-apa kapal itu dia punya atau tidak.

Sedangkan ada bukti - sebelum semua isu ini bermula, bahawa kapal itu dimiliki oleh orang lain.

Bukti yang mengatakan kapal itu milik Jho Low adalah berdasarkan aduan diterima DoJ dan aduan ini dibuat oleh orang-orang Mahathir!!  Selain dari itu, tidak ada sehingga setakat ini apa-apa bukti yang menunjukkan kapal itu milik Jho Low.

Mana logiknya kapal semewah itu tidak ada sehelai dokumen pun yang boleh dikesan balik kepada pemiliknya - kalau ada perubahan pemilikan sekalipun selepas itu? 


Tapi dalam masa yang sama, kenyataan Jho Low itu membuatkan penulis tertanya-tanya, dia ni sebenarnya dibelah yang mana?  Kenapa tak nafi secara terus terang itu bukan kapal dia dan bermain kata yang boleh menimbulkan lebih banyak salah faham?

Kita semua tahu ayah Jho Low ialah kroni rapat Mahathir, mungkinkah dia terlibat sekali?

1 comment:

  1. JL dan 1MDB tak ada apa-apa kaitan perniagaan pun. Tapi dapat dirasakan dia ni pun ada main peranan dalam isu 1MDB ni. Ayah dia bukan hanya kroni M tetapi juga kroni ketua di sebuah pulau.

    ReplyDelete